Pages

Tuesday, July 13, 2010

seakan cuba di gapai akan segala kejauhan..
maka sampai lah ia kelaluan yang menjadi pilihannya..
semana kemampuan diri ianya bergerak..
agar kehilangan dapat dilupakan disepanjang titian..
tiada apa yang akan mampu membawa ianya keatempat itu..
namun bekalan sekedap dua sahaja diiring bersama...

ya.. jaya itu datangnya dari cita..jua cita itu datangnya dari angan..
mana sampainya angan jika tiada ruang untuk bersenda tawa..
keriangan sejenak di pentas pinjaman ini hanya mahu dikenali fana.. tetapi..
abadi disana memastikan pantasnya resah itu berlalu pergi.. itulah janji..
mungkin tangis sendu bersama angan membawa dendam kecewa..

cuma..hanya..tapi..bukan macam itu..
ah..ada saja persoalan yang hadir membentukkan yang pasti menjadi mungkin..
yang kekal manjadi hari ini.. yang penting menjadi tangguh..
yang akibat menjadi asbab..yang separuh menjadi kurang..yang taknampak boleh hadir...
yang lenguh menjadi kejap..

yakinilah..wahai diri..
aku mustahil menipumu..tidak mungkin mengkhianatimu..mana boleh menjauhimu..
tak bisa menjatuhi mu..aku ada bersamamu..sentiasa berfikir,menelah,menelaah,
mengembara..malahan dalamku ini dipenuhi ajakan kearah mencapai citamu..

jangan dicuba lagi..
bacalah aku ini... dengarlah suara ini..pekikan ini..
yang benar jadikan pedoman..tiada yang pelik tentangku..HATI